Jumaat, 5 Jun 2015

Biografi kumpulan May

Biografi kumpulan MAY.



Kumpulan MAY ditubuhkan pada 1986 oleh 4 orang anak muda daripada kampung Manjoi, Ipoh, Perak yang mengikuti langkah SYJ dengan menubuhkan sebuah kumpulan muzik aliran keras. Nama MAY diambil sempena pangkal huruf nama timang-timangan keempat-empat mereka iaitu 'M' bagi nama Mus (Mustaffa Din) dan Man (Sharip), 'A' bagi Abu (Nasir) dan 'Y' bagi Yus (Mohktar).
Album pertama May diterbitkan sendiri mereka pada tahun 1987 berjudul 'Dilema'. Sebelum 'Dilema', May ada merakamkan sebuah album mini 'Juara Juara Rock' yang mengabdikan enam lagu. Lagu popular bagi album tersebut ialah 'Derita Bangsa', 'Bayangan Hidup' dan Sketsa Sebuah Cinta'. Bagi album 'Dilema', lagu hits adalah 'Ku Dalam Dilema', 'Sketsa Sebuah Cinta' (lagu yang diambil dari Juara Juara Rock) dan 'Keadilan'.
Album kedua May yang berjudul 'Hakikat' adalah album yang menaikkan nama May. Album ini berjaya dijual sebanyak 200,000 unit. Lagu-lagu seperti 'Sendiri', Cintamu Mekar Dihati', 'Dari Kacamata' dan 'Hakikat Perjuangan' menjadi siulan anak-anak muda ketika itu. Lagu 'Sendiri' juga telah berjaya memasuki pertandingan akhir Juara Lagu 1989. Kumpulan May juga pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Battle Of The Band pada 1987, dan Mus berjaya meraih Vokal terbaik pada pertandingan itu.Berbeza dengan kebanyakan kumpulan rock tempatan yang lain, May hanya mengalami pertukaran vokalis sebanyak dua kali sepanjang karier muzik mereka manakala keanggotaan pemuzik dalam kumpulan ini tidak pernah berubah.

Anggota asal

  1. Mus (Mustaffa Din, lahir 10 Mei 1968) - Vokal (1986 - 1991), (2002 - sekarang)
  2. Man (Mohamad Saarip bin Yaakob, lahir 1965) - Drum
  3. Abu (Mohd Nassier bin Yusof, lahir 12 Januari 1967) - Gitar
  4. Yus (Mohd Mohtar bin Mohd Madin, 1965) - Bass

Bekas vokalis

  1. Yantzen (Yantzen Juniwan, lahir 2 Disember 1958) bekas vokalis Rusty Blade - Vokal (1992 - 1996)
  2. Oney (Mohd Redzuan Aziz, lahir 4 November 1972) bekas vokalis Lipanbara - Vokal (1997 - 2002)

Anugerah/Pencapaian

  • Anugerah Juara Lagu (AJL) - MAY pernah menyertai peringkat akhir AJL sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1989 menerusi lagu Sendiri dan 2003 dengan lagu Sinar.
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) - MAY memenangi kategori Album Hard Rock Terbaik selama tiga tahun berturut-turut iaitu AIM 2004 menerusi album Sinar, AIM 2005 menerusi album Otai Jamm! dan AIM 2006 menerusi album Live & Unplugged at Planet 05. Manakala album Ideologi tersenarai dalam Top 5 di AIM 1996
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Empat, album Hakikat terjual melebihi 200,000 unit di Malaysia.
  • Anugerah Cakera Platinum Berkembar Tiga, album Rahsia terjual melebihi 160,000 unit di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Search