Jumaat, 19 Jun 2015

Biografi kumpulan Butterfingers

Biografi kumpulan Butterfingers


Kumpulan Butterfingers merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Bahasa Inggeris dan Melayu.
Butterfingers sebuah kugiran grunge di Malaysia. Ia terdiri daripada empat orang ahli iaitu Emmet
(penyanyi dan gitar), Loque (gitar utama), Loco (dram) dan Kadak (bes).
Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991. Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram. Lima remaja itu nyata mempunyai minat mendalam bukan daripada sekadar mendengar muzik tetapi mereka mahu menghasilkan muzik mereka sendiri.
Loque's Tail - Itulah nama awal kumpulan mereka dan setiap kali tibanya Sabtu serta Ahad, kelima-lima remaja itu akan keluar dari asrama mereka dan menuju ke pekan Kuala Kangsar untuk untuk bermain muzik atau "jamming". Zai Am Studio di Kuala Kangsar menjadi saksi kepada aksi Loque's Tail dengan lagu heavy metal mereka. Ketika itu lagu daripada Metallica seperti Ride The Lighting, Master Of Puppets dan Fade To Black menjadi pilihan mereka.
Pada tahun 1992 pula menyaksikan minat mereka semakin mendalam dan mereka mengakui album kedua kumpulan grunge popular dunia, Nirvana yang berjudul Nevermind melahirkan inspirasi yang begitu utuh untuk mereka bermain muzik. Setahun selepas itu Loque' Tail sah bergelar sebuah kumpulan Punk. Kalai menyertai kumpulan itu setelah Cop dan Bobo berundur. Mereka hanya tinggal berempat dan tidak lama kemudian Ayul pula mengundur diri.
Mereka hanya tinggal bertiga dan Loque menjadi vokalis serta gitar utama, Kadak selaku pemain bass dan Kalai bermain dram. Walaupun bertiga, mereka gah dengan muzik grunge mereka dan aksi mereka bertambah hebat di studio jamming dengan lagu Sex Pistol dan Nirvana.
Pada pertengahan 1993, Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti lalu menjengah sebuah studio jamming di Petaling Jaya dan Loque telah terpikat melihat aksi Emmett sedang asyik bermain gitar dan menyanyi di studio Black Widow. Emmett ketika itu adalah pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz memikat Loque ketika sedang beraksi dengan lagu popular kumpulan Red Hot Chilli Peppers iaitu Under The Bridge. Loque tertarik dengan kelebihan bakat yang dimiliki Emmet dan mencabar Emmet dan kumpulannya, Grunge Dayz untuk bertarung dalam 'Jamming Showdown' dan bermain muzik bersama.
Mereka seolah-olah telah ditakdirkan kerana tidak beberapa lama kemudian Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan bersetuju untuk beraksi bersama Loque dan sekaligus bercadang untuk menghasilkan kaset demo. Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine. Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut.
Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994. Loque membawa Kalai menemui Emmett dan sekali lagi mereka jammming di studio berkenaan. Dalam pada itu, mereka tidak pernah melupakan soal pelajaran. Mereka ketika itu memang sudah dikenali sebagai Butterfingers, nama yang diberikan oleh Loque. Mereka jelas mudah menjinakkan muzik dalam diri kerana tidak lama selepas itu, Butterfingers mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput dalam beberapa persembahan kecil dan gig.
Demo tape yang diberi nama "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik permulaan kepada Butterfingers dan menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik "underground" Malaysia pada ketika itu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era Grunge pada ketika itu. Suara Emmet menyerupai suara Kurt Cobain dan ramai peminat pada mulanya menyangka bahawa Nirvana telah mengeluarkan album secara tidak rasmi.
Persembahan pertama mereka ialah di Cobra Clubhouse di Petaling Jaya. Mereka menerima pujian demi pujian sebaik sahaja selesai persembahan itu dan ia menyemarakkan lagi semangat Butterfingers kerana persembahan itu merupakan medan bagi Butterrfiners. Butterfingers lalu merakam demo tape di FM Studio pada 1995. Mereka merakamkan 7 buah lagu yang semuanya di cipta oleh Loque. Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan, Butterfingers makin popular. Aksi mereka di gig Moderate Rock di kelab Picadally pada 1 Mei 1995 meninggalkan kesan begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik.

Album

1996 - 1.2 Milligrams (Butterworld)
  • 1. Naive Sick Chasm
  • 2. Chrome
  • 3. Nicc o'Tyme
  • 4. Me
  • 5. Wet Blanket
  • 6. Fo
  • 7. Royal Jelly
  • 8. Ugly
  • 9. In the Calm
  • 10. Sober
  • 11. 10db

1997 - Butter Worth Pushful (Butterworld/EMI)
  • 1. Fire is a Curse?
  • 2. Girl Friday
  • 3. E
  • 4. Stolen
  • 5. Vio-pipe
  • 6. Apple Tree
  • 7. Skew
  • 8. Love
  • 9. Ruin by the Selling Out
  • 10. Delirium
  • 11. Garden City of Lights
  • 12. Still River
1999 - Transcendence (Butterworld/EMI)
  • 1. The Chemistry (Between Us)
  • 2. Epitome
  • 3. Meltdown
  • 4. Mermaids (Fair-God & Stone Faces)
  • 5. Doomsday Out
  • 6. Faculties of the Mind
  • 7. Floating in a Vacuum
  • 8. Weird
  • 9. RnR (Rock & Radical)
  • 10. Mokhsha
  • 11. Mystery
  • 12. Words vs Wisdom
2001 - Malayneum (Butterworld/EMI)
  • 1. Malayneum
  • 2. Antidotes
  • 3. Pretty Reign
  • 4. State of Abyssmal
  • 5. Ginseng
  • 6. Am I Phoney?
  • 7. Mating Season
  • 8. Pacific
  • 9. No One Else
  • 10. Suddenly

2005 - Selamat Tinggal Dunia (Butterworld/EMI)
  • 1. Nyilu (Hidup makan tidur mati muzik)
  • 2. Daulat Tuanku
  • 3. Cuai
  • 4. Urusan Seri Paduka Baginda
  • 5. Selamat Tinggal Dunia
  • 6. Kabus Ribut
  • 7. Merpati Sejoli
  • 8. Hanyut
  • 9. Taman Tasik Perdana
  • 10. Tentang Tentang

2008 - Kembali (Butterworld)
  • 1. Joget Global
  • 2. Bebas
  • 3. Maharani
  • 4. Terus Terang
  • 5. Air Liur di Kuala Lumpur
  • 6. Lengkap Semula
  • 7. Merdeka
  • 8. 1000 Tahun (mahu hidup)
  • 9. Gelombang Cinta
  • 10. Mendaki Menara Condong
  • 11. Mati Hidup Kembali

VCD

  • Peristiwa Batu Keras, Live @ Hard Rock Cafe
  • Rock the World IV - "Merpati Sejoli"
  • Rock the World IV - "Tentang-Tentang"

Compilation Albums

  • Butter Late Than Never - 2000 - Butterworld/EMI
  • The Best Is Yet To Come - 2003 - Butterworld/EMI
  • The Butterfingers' Made For JAPAN Release - 2004 - Butterworld/EMI
  • "Peristiwa Batu Keras" Live in Hard Rock Cafe CD/VCD - 2006 - Butterworld/EMI

Music Videos

  • "Mati Hidup Kembali" - 2009
  • "Bebas" - 2009
  • "Maharani" - 2008
  • "Kembali" - 2008 (Single)
  • "Cuai - Live" - 2004 (Unreleased Video - only through fan site)
  • "Vio-Pipe" - 2004 (Unreleased Video - only through fan site)
  • "Ngilu" - 2004
  • "Kabus Ribut" - 2004
  • "Malayneum" - 2001
  • "Girl Friday" - 1997
  • "Chrome" - 1996

Lagu-lagu

  • Chrome daripada album 1.2 Milligrams
  • Royal Jelly daripada album 1.2 Milligrams
  • Nicc O'Tynne daripada album 1.2 Milligrams
  • Me daripada album 1.2 Milligrams
  • Stolen daripada album Butter Worth Pushful
  • Ruin By The Selling Out daripada album Butter Worth Pushful
  • Girl Friday daripada album Butter Worth Pushful
  • Delirium daripada album Butter Worth Pushful
  • Still River daripada album Butter Worth Pushful
  • Vio-pipe daripada album Butter Worth Pushful
  • The Chemistry(between us) daripada album Transcendence
  • Faculties Of The Mind from the album Transcendence
  • Epitome from the album Transcendence
  • Malayneum from the album Malayneum
  • Pacific from the album Malayneum
  • Cuai from the album Selamat Tinggal Dunia
  • Kabus Ribut from the album Selamat Tinggal Dunia
  • 1000 tahun (mahu hidup)from the album Kembali
  • Terus Terang from the album Kembali
  • Bebas from the album Kembali
  • Mati Hidup Kembali from the album Kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Search