Jumaat, 19 Jun 2015

Biografi kumpulan Barongan.

Biografi kumpulan Barongan.


Kumpulan Barongan adalah sebuah kumpulan yang membawakan muzik rock metal berqasidah yang cukup unik. Mereka mula dikenali dengan lagu Kalimat ke 7 dan Liya Juwita yang merupakan lagu hits mereka dari album pertama ASAL. Dengan dianggotai oleh pemuzik yang cukup berpengalaman, tidak hairanlah jika mereka mampu menghasilkan muzik yang bermutu. Stone dan Aub merupakan line up pertama bagi kumpulan Amuk dengan membawa gelaran Metal Jawa dan Din Taring. Namun begitu, meraka membawa haluan sendiri dengan menubuhkan Barongan. Secara dasarnya muzik yang dibawa Barongan serba sedikit dipengaruhi muzik Amuk iaitu dengan memasukkan elemen kemelayuan di dalam muzik metal mereka.
Barongan ternyata bukan calang-calang kumpulan rock kerana mereka telah diiktiraf sebagai kumpulan rock heavy metal terbaik di Berlin, Jerman. Mereka juga merupakan duta bagi peralatan muzik Behringer.
Kini, meraka tampil dengan album terbaru Cakap Terang.

Profile

1. Stone - Pernah mengganggotai kumpulan Mercury, UG14, dan Amuk. Beliau diantara pemain gitar metal yang versatil. Pernah menjadi pelakon undangan bagi telemovie OK dan filem Aku Kaya The Movie. Beliau juga sering mengiringi persembahan pentas bagi beberapa artis terkenal dan menjadi pemain gitar sessionist bagi rakaman album.
2. Aub - Bekas anggota kumpulan Burnmarks, Baba, Manterra dan Amuk. Beliau merupakan pemain bass yang cukup dihormati didalam industri seni tanah air. Dengan stail yang tersendiri, beliau mampu mengalunkan bunyi dengan cukup bergaya. Beliau juga pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie bersama Bandi Amuk dan Stone. Seperti Stone, beliau juga sering mengiringi persembahan dan menjadi sessionist bagi rakaman album beberapa artis Malaysia.
3. D'Mee - Merupakan seorang vokalis rock yang cukup berkuasa. Mempunyai kekuatan vokal yang lantang dan keras. Beliau juga mempunyai kebolehan berqasidah dan mengaji Al-Quran dengan baik. Beliau menarik diri dari Barongan demi meneruskan pengajiannya.
4. Syam - Merupakan vokalis baru Barongan. Bekas anggota kumpulan Crayon, dan Wali Tujuh. Juga mempunyai vokal yang cukup padu.
5. Pae - Pemain drum yang berpotensi menjadi handal. Hanya menjadi drummer Barongan selepas beberapa ketika tatkala album pertama mereka ASAL menjengah pasaran. Beliau seterusnya menganggotai XPDC dan kini bersama M'Pire.

Album

  1. ASAL
  2. Cakap Terang

Lagu-lagu

  1. Kalimah Agung
  2. Cakap Terang
  3. Aku Kaya
  4. Kalimat Ke 7
  5. Liya Juita
  6. Nasuha
  7. Siapa Yang Kena
  8. Titik Musafir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Search