Jumaat, 19 Jun 2015

Biografi kumpulan Bumiputra Rockers.

Biografi kumpulan Bumiputra Rockers.


 
Kumpulan Bumiputra Rockers (BPR) adalah sebuah kumpulan penyanyi rock 80-an Malaysia yang mula dikenali ramai setelah menyertai "Pesta Hiburan Kingsway". Mereka berasal dari Johor Bahru.
BPR diilhamkan oleh Papa Rock Ramli Sarip dan diuruskan oleh Wan Redzmann, seorang pelumba kereta terkenal dan bekas pengurus kumpulan Sweet Charity. Dianggotai oleh lima orang ahli yang merupakan pecahan dari kumpulan seperti Titanic, Hurricane, Purple Grass dan Split Times. Mereka adalah:

  • Joey @ Johari Mat Rozekhi; lahir 1963 (penyanyi) - telah bergerak solo sejak tahun 2012
  • Awang @ Norzaini Mohd; lahir 1963 (gitar) - juga merupakan seorang komposer lagu dan penerbit album. Telah banyak menulis lagu dan menerbitkan album artis-artis tanahair yang lain, malah telah beberapa kali bertanding dalam Juara Lagu TV3.
  • Harun @ Harun Ahmad; lahir 1966 (gitar)
  • Yem Bai @ Abdul Rahim Mohd Zain; lahir 1965 (bass)
  • Enal @ Raja Zainal Abidin Raja Hasnan; lahir 1961(drum)

Diskografi

Album studio

Selamat Pagi Malaysia (1987)

  1. Gua Musang
  2. Hilang
  3. Selamat Pagi Malaysia
  4. Istilah Cintaku
  5. Juwie Juwie Juwie
  6. Bersyukurlah
  7. Untuk Apakah Lagi
  8. Tergendala
  9. Mana
  10. Maghrib

Bisa (1988)

  1. Dajal
  2. Seribu Tahun Takkan Mungkin
  3. Pudar Seri Primadona
  4. Aku Hanya Serangga
  5. Inikah Perjuangan
  6. Seribu Tahun Takkan Mungkin (Instrumental)
  7. Barah Berbisa
  8. Getar Getar Cinta
  9. 1511
  10. Selamatlah Putra Bumi
  11. Harum Subur Di Hati
  12. Seribu Tahun Takkan Mungkin (Versi akustik)

Kelab Jiwa Luka (1990)

  1. Kelab jiwa luka
  2. Dendam cinta seusia dunia
  3. Yakjud dan makjud
  4. Dari sinar mata
  5. Dosa siapa
  6. Ku tanggung cinta dusta yang membara
  7. Angkara
  8. Setitis madu
  9. Pentas alam
  10. Sudah sampai sini

Era 90'an (1991)

  1. Mana-mana
  2. Airmata jernih
  3. S-M-L
  4. Kota syurga impian
  5. Hidup era90-an
  6. Silaturrahim
  7. Goyang-goyang
  8. Di pintu zaman
  9. Sekadar ambisi
  10. Aku pasti kasihmu

BPR '97 (1996)

  1. Aku Dah Sampai
  2. Seni Yang Di Dalam
  3. Bahang Yang Terpadam
  4. Kau Ingat Kau Siapa
  5. Sempoi
  6. Resah Di Hujung Mata
  7. Saksi
  8. Pulang
  9. Musim Menjadi
  10. Damai Di Sini

Semangat Melayu (2001)

  1. Semangat Melayu
  2. Gerimis Singgah DiHujani Debu
  3. Di Zaman Siber Fiber
  4. Latah Orang Kita *
  5. Duri Dan Asmara
  6. Dari Sinar Mata (versi baru)
  7. Jalan-Jalan Cuci Mata
  8. Hanya Satu
  9. Putera Dan Bumi
  10. Seribu Tahun Takkan Mungkin (unplugged versi baru)
  11. Sekelip Mata
  12. Pelangi Senja (Vokal: Awang BPR)

Album kompilasi

  • Pilihan Terlaris 5 Kumpulan Rock Vol. 3 - Pelbagai Artis (1989)
  • The Best Of Bumiputra Rockers (1992)
  • The Greatest Hits Bumiputra Rockers (1998)
  • Akustik & Unplugged (1999)
  • BPR The Legend (2001)
  • Rockerena Bumiputra Rockers (2005)
  • The Best Of Bumiputra Rockers (2009)

Album live

  • Live In Concert (2006)

Video muzik

  • Damai Di Sini (1997 / VCD MTV Rock Terbaik)

VCD

  • Semangat Zaman Live In Singapore - Pelbagai Artis (2005)
  • Live In Concert (2007)

Anugerah/Pencapaian

BPR berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Juara Lagu 1990 menerusi lagu Dari Sinar Mata. Bagaimanapun rezeki tidak menyebelahi mereka untuk memenangi sebarang kategori pada pertandingan tersebut.
  • Lagu-lagu popular BPR pernah menjadi pilihan beberapa artis tempatan untuk dirakam semula, antaranya:
  1. Dari Sinar Mata (1991 / Azeemad - Dangdut Rock)
  2. Seribu Tahun Takkan Mungkin (2000 / Amy - Suatu Masa)
  3. Dari Sinar Mata (2007 / The Fabulous Cats - Fantastik)
  • Gitaris BPR, Awang juga turut berbakat sebagai penyanyi dan pernah menghasilkan album berjudul Dwi Kekasih pada tahun 1994.
  • Awang juga turut bermain keyboard dalam lagu Nafisa (album Kita Peng-yu, kumpulan XPDC).
  • Joey telah menyertai projek Semangat Zaman pada tahun 2005. Projek ini menghimpunkan enam orang penyanyi rock ternama Malaysia, selain Joey ialah Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Nash, Mus dan Yantzen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jumlah Paparan Halaman

Search